◉ HEADLINES

Norges Bank Norway diumum sebagai pemegang saham utama Cahya Mata Sarawak

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cahya Mata Sarawak Bhd mengumumkan Norges Bank, bank pusat dan pengurus dana kekayaan negara Norway dengan rasminya sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, Cahya Mata berkata bank pusat itu telah membeli 54.05 juta saham yang mewakili 5.03 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

“Misi Norges Bank adalah menggalakkan kestabilan ekonomi dan menguruskan aset penting bagi rakyat Norway.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pelaburannya bagi Dana Pencen Kerajaan, Norges Bank berusaha untuk mengoptimumkan pulangan dalam kerangka mandat pelaburannya,” katanya.

Cahya Mata adalah konglomerat kukuh berpangkalan di Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan yang pelbagai antaranya simen, pembuatan fosfat, perkakas minyak, penyelenggaraan jalan, pembangunan hartanah, perkhidmatan kewangan dan infrastruktur telekomunikasi.

Kumpulan itu telah berkembang kepada arena ekonomi kitaran baru-baru ini berikutan pembelian Cahya Mata Alam Sdn Bhd, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan serta kilang pembuatan bahan eko-komposit. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related