◉ HEADLINES

KPWKM rancang wujud program latihan penjaga kanak-kanak, warga emas: Nancy

Program berkenaan dilaksanakan memandangkan terdapat keperluan bagi individu yang berkhidmat sebagai penjaga untuk mendapatkan latihan

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang mewujudkan program bagi menyediakan latihan khusus kepada penjaga kanak-kanak, warga emas dan golongan berkeperluan khas.  

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata KPWKM telah meminta peruntukan bagi pelaksanaan program yang dijangka bermula tahun hadapan itu.

Beliau berkata program berkenaan dilaksanakan memandangkan terdapat keperluan bagi individu yang berkhidmat sebagai penjaga untuk mendapatkan latihan dan mempunyai kemahiran bersesuaian dengan kehendak pekerjaan.

“Sekarang ini kita dah minta peruntukan… supaya kita dapat beri latihan kepada mereka yang mahukan pekerjaan seperti ini dan kedua ialah industri memerlukan mereka yang nak menjaga orang yang memerlukan bantuan ini.

“Kita ada banyak rumah orang tua, rumah (perlindungan/penjagaan) kanak-kanak dan macam-macam terutama yang dikendalikan pihak swasta, kita nak pastikan negara kita mempunyai orang yang mahir dalam bidang ini,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Mengenai penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK), Nancy berkata menerusi pertambahan 965 perjawatan kontrak yang bertugas di jabatan itu pada 2026, akan menurunkan nisbah Pelindung dan Pegawai Akhlak daripada satu pegawai mengendalikan 108 kes (1:108) kepada seorang pegawai mengendalikan 30 kes kanak-kanak (1:30) setahun.

“Dengan itu, beban kes pegawai akan dapat dikurangkan dan pegawai akan dapat menumpukan masa bagi memantapkan lagi pengurusan kes terhadap kanak-kanak termasuklah elemen intervensi, pemantauan dan penilaian kes serta melaksanakan program pencegahan dan advokasi mengenai perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.

“Dengan pertambahan perjawatan dan peningkatan kompetensi, pegawai kes akan dapat memperkasakan lagi usaha menggerakkan komuniti melalui kolaboratif strategik dengan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) serta pembantu pelindung di semua 105 daerah yang telah dilantik di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dalam memberi perlindungan dan memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin,” katanya.

Beliau berkata JPKK yang ditubuhkan berkuat kuasa 1 Sept lepas bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas dan merupakan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Nancy berkata penubuhan JPKK juga dapat menjamin perkhidmatan berkualiti kepada rakyat khususnya kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat.

“KPWKM berharap dengan tertubuhnya JPKK, (ia) akan dapat menangani isu perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan lebih cepat, cekap dan proaktif serta kementerian akan mengerakkkan PPKK, PKKK dan Pembantu Pelindung untuk membantu melaksanakan program pencegahan dan advokasi kepada masyarakat setempat. 

“Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di bawah kendalian PPKK akan diperkasa dan menjadi hub perkhidmatan kanak-kanak dengan kanak-kanak boleh mendapat bantuan dan pertolongan di PAKK tersebut,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related