◉ HEADLINES

(Kemas kini) Azeez Rahim direman dua hari, bantu siasatan kes tipu hibah TH

Menurut peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, ia merupakan prosiding berasingan sebelum Azeez, 60, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling itu berdepan pertuduhan rasuah yang dijadualkan di Mahkamah Sesyen hari ini

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes tipu berkaitan pemberian hibah TH.

Selain Azeez, dua bekas pegawai atasan institusi tersebut iaitu bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) kumpulan TH turut direman selama dua hari.

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mohamad Afiq Zuber selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Sesyen di sini.

“Ketiga-tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan pemberian hibah Tabung Haji,” katanya kepada pemberita selepas prosiding reman tersebut.

Memetik laporan media, Azeez ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman petang semalam sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

“Polis memohon perintah reman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di lobi kompleks mahkamah.

Terdahulu, anaknya, Azman Azeez mengesahkan bapanya ditahan di Balai Polis Dang Wangi malam tadi.

Azeez juga dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – 9 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related