◉ HEADLINES

9 batu nisan dicabut di tanah perkuburan Islam di Labuan

Penjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja

6:07 PM MYT

 

LABUAN – Sembilan batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat sini.

Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.

“Pelaku itu mungkin tidak siuman sehingga sanggup melakukan sedemikian. Jika mereka waras, saya tak rasa mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan tersebut hari ini.

Katanya penduduk setempat sedih dan marah dengan perbuatan itu yang bukan sahaja tidak mempedulikan kesucian tanah perkuburan, tetapi juga tidak menghormati dan menyakiti hati orang lain.

Ketua Polis Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim mengesahkan anggotanya telah memeriksa kawasan kejadian dan mengumpul maklumat. 

“Kami menggesa mana-mana anggota komuniti untuk membuat laporan polis secara rasmi supaya satu penyiasatan yang menyeluruh boleh dimulakan,” katanya. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related