◉ HEADLINES

PAC saran kerajaan kaji alternatif kepada Bernas

Langkah terbabit perlu dilakukan bagi menjamin kestabilan bekalan makanan ruji rakyat Malaysia itu

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan kebergantungan kepada syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan kerajaan mengkaji alternatif kepada pemegang tunggal perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara.

Naib Pengerusinya, Wong Shu Qi berkata, langkah terbabit perlu dilakukan bagi menjamin kestabilan bekalan makanan ruji rakyat Malaysia itu.

“Kerajaan perlu mengkaji alternatif dalam menjamin kestabilan industri beras negara bagi mengelakkan kebergantungan kepada perjanjian konsesi Bernas, sekali gus mendorong ke arah pasaran terbuka beras,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Cadangan itu adalah satu daripada lapan syor diterbitkan PAC menerusi laporan berjudul Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi bagi Industri Padi dan Beras Negara, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Perjanjian konsesi Bernas yang bermula sejak tahun 1996 dan berakhir pada tahun 2011, dilanjutkan sebanyak dua kali serta akan berakhir pada tahun 2031.

“Perjanjian konsesi ini akan menjangkau tempoh 35 tahun. Kos konsesi Perjanjian Ketiga berjumlah RM3.216 bilion yang bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031,” katanya.

Selain itu, laporan berkenaan menyebut Data Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) yang tidak dipantau KPKM, menyebabkan pengurusan pembayaran subsidi terbabit menjadi tidak teratur.

“Pengemaskinian tidak dipantau ini menyebabkan pembayaran sejumlah RM0.73 juta dibuat kepada 300 pesawah yang sudah meninggal dunia,” katanya. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related