◉ HEADLINES

Bajet 2024: RM150 juta baiki tandas awam di seluruh negara

Projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini.

“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.

“Tahun hadapan, tekad yang sama akan diperhebat bagi membaik pulih tandas awam di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, RM100 juta akan diperuntukkan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus.

Malah katanya, RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan PBT di seluruh negara.

“RM50 juta juga disediakan untuk merawat kawasan berkemalangan tinggi, antaranya menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan bagi membantu mengurai kesesakan laluan trafik,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related