◉ HEADLINES

Perintah Kawalan Pergerakan ESS ZONE yang dijenamakan semula akan bermula esok

Ia bertujuan menangani masalah pencerobohan serta mengekang ancaman pengganas Sulu dan penculikan

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan mula dilaksanakan di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan pada 6 petang esok.

Ia adalah penjenamaan semula daripada Perintah Berkurung yang telah dilaksanakan di kawasan berkenaan mulai 16 Julai 2014 lalu, bertujuan menangani masalah pencerobohan serta mengekang ancaman pengganas Sulu dan penculikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penjenamaan semula itu telah dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Sabah dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyambung semula Perintah Berkurung Sabah No.220 yang bertujuan memastikan kawasan perairan di Sabah tidak diceroboh dan diancam.

“Setelah penilaian keselamatan terkini dibuat, perintah kawalan pergerakan ini akan melibatkan kawasan perairan sama kecuali Tawau memandangkan statistik menunjukkan tahap ancaman yang rendah serta kawalan keselamatan di perairan daerah tersebut yang memuaskan.

“PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah kekal terkawal dan akan memastikan segala langkah diambil bagi membanteras sebarang insiden jenayah rentas sempadan, penculikan atau penyeludupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perintah Kawalan Pergerakan ESS ZONE Sabah termaktub di bawah subseksyen 31 (1) Akta Polis 1967 (Akta 344).

Pada Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Ia membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh, selain kematian 68 pengganas Sulu. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related