◉ HEADLINES

Pelantikan Tun M sebagai penasihat SG4 tidak ketepikan peranan Muhyiddin: Tuan Ibrahim

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan bahawa peranan dan pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin masih diperlukan bagi meneruskan tadbir urus negeri

8:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – PAS menjelaskan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat ekonomi di empat negeri (SG4) ditadbir PAS bukan bermaksud mengenepikan peranan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peranan dan pengalaman Muhyiddin masih diperlukan bagi meneruskan tadbir urus negeri.

“Ada yang tanya kenapa tak lantik Muhyiddin, kenapa lantik Tun Dr Mahathir sebagai penasihat ekonomi SG4? Tun berada di luar (parti gabungan).

“Saya nak tekankan di sini, dia (Muhyiddin) memang sebahagian daripada kita, dia Pengerusi PN yang sentiasa bersama kita.

“Yang bersedia sumbang pengalaman dia, pengalaman yang baik kita ikut dan guna untuk teruskan pentadbiran negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ke-64 di sini malam ini.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata, ramai pihak yakin masa depan negara terletak pada Perikatan Nasional (PN) dan PAS akan menerajuinya.

“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil-wakil duta asing, pimpinan negara luar yang keseluruhannya buat kesimpulan, masa depan negara terletak pada PN dan PAS akan menerajuinya.

“Jadi kita harus bersedia menerajui kerajaan pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak melihat pembentukan SG4 ditadbir PN dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘penasihatnya tidak rasminya’ akan menimbulkan masalah dengan dilihat membawa isyarat sentimen anti-Persekutuan. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related