◉ HEADLINES

Perokok berhak dapat zakat jika layak, meskipun habis banyak duit beli rokok

Merokok merupakan perbuatan haram sebagaimana yang dinyatakan oleh majoriti ulama khususnya ulama kontemporari pada masa kini, namun perokok dan zakat ada dua perkara berbeza

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jika seorang perokok tergolong dalam kalangan asnaf maka dia berhak menerima zakat disebabkan kemiskinan meskipun dia mengeluarkan banyak wang semata-mata untuk membeli rokok.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, meskipun merokok merupakan perbuatan haram sebagaimana yang dinyatakan oleh majoriti ulama khususnya ulama kontemporari pada masa kini, namun perokok dan zakat adalah dua perkara berbeza.

“Dua isu yang berlainan iaitu perokok yang suka merokok dan menjadi ketagihan sedangkan satu lagi pula berkaitan dengan pemberian zakat.

“Ia merupakan dua perkara yang tidak sama tetapi sekurang-kurangnya ada kaitan. Jika perokok termasuk dalam kalangan asnaf yang berhak menerima zakat kerana fakir atau miskin, maka dia berhak menerima zakat.

“Kami syorkan juga agar pemberi zakat memberi nasihat kepadanya supaya duit yang diberikan tidak digunakan untuk membeli rokok tetapi untuk memberi manfaat kepada keluarganya seperti membeli makanan dan minuman,’’ katanya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, meskipun merokok merupakan perbuatan haram sebagaimana yang dinyatakan oleh majoriti ulama khususnya ulama kontemporari pada masa kini, namun perokok dan zakat adalah dua perkara berbeza. – Gambar Facebook, 24 Oktober, 2023

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai soalan pembaca sama ada perokok berhak mendapat zakat atau sedekah sedangkan dia mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli rokok.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 pada 28 Mac 1995 telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam.

Antara sebab pengharaman tersebut adalah kerana merokok itu membahayakan kesihatan bukan sahaja pelakunya tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.

“Selain itu, seperti yang dinyatakan Kementerian Kesihatan, rokok mengandungi banyak racun dan bahan toksik. Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok seperti metanol, nitrobenzene, butana, cadmium, sianida dan lain-lain.

“Disamping itu, merokok juga termasuk dalam perbuatan membazir wang atau harta benda pada perkara yang tidak berfaedah,’’ katanya. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related