◉ HEADLINES

Harga ayam: KPDN KL pantau 120 premis jualan setiap hari

Seramai 94 pegawai penguatkuasa dan 75 pegawai pemantau harga akan turun padang menjalankan pemeriksaan

8:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur akan mempergiat pemantauan di premis jualan sekitar ibu negara, bagi memastikan tiada peniaga mengenakan harga melampau, susulan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan harga bahan mentah itu di lebih 120 premis jualan di sekitar ibu negara setiap hari.

“Seramai 94 pegawai penguatkuasa dan 75 pegawai pemantau harga akan turun padang menjalankan pemeriksaan.

“Pemantauan itu turut merangkumi pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit,” katanya kepada Scoop.

Pada masa sama, Ariffin turut menasihatkan pengguna agar membuat aduan sekiranya terdapat premis menjual ayam pada harga melampau. 

“Orang awam boleh salurkan aduan kepada KPDN jika terdapat mana-mana premis yang menjual ayam atau barangan lain pada harga tidak munasabah.

“Aduan boleh dibuat menerusi portal www.kpdnhep.gov.my atau hubungi talian 03-80008000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, pasukan pegawai penguatkuasa akan sentiasa berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah bagi memastikan bekalan ayam mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.

Katanya, penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan dengan memberi nasihat dan amaran kepada peniaga supaya mematuhi undang-undang ditetapkan dan mengamalkan perniagaan beretika.

Terdahulu, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi pemeriksaan setakat 1 tengah hari tadi, hanya 68 premis atau 4.6 peratus daripada keseluruhan 1,484 premis yang diperiksa di Semenanjung Malaysia menjual ayam pada harga lebih tinggi daripada harga siling yang pernah ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram.

Menurut beliau, harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan hari ini dalam pemeriksaan tersebut adalah RM11 sekilogram dan terendah RM6.49 sekilogram.

Katanya lagi, harga RM11 sekilogram itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu manakala Mari-Mari Supermarket di Mersing, Johor menjual pada harga RM6.49 sekilogram. – 1 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related