◉ HEADLINES

MIC Perak turut bawa usul tiada pertandingan jawatan presiden, timbalan pada pemilihan 2024

Ini kerana MIC Perak melihat parti di peringkat pusat berada dalam keadaan cukup kukuh dan mereka mahu meneruskan keadaan itu

7:12 PM MYT

 

IPOH – MIC Perak mengikuti jejak langkah MIC Pahang, yang membawa usul supaya tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan MIC 2024.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata beliau berterima kasih kepada MIC Perak, atas sokongan khususnya kepada Pengerusi MIC Perak Datuk V. Elango kerana membawa usul berkenaan.

“Setakat ini kita tidak lihatlah ada pertandingan untuk presiden, sebab timbalan presiden, naib presiden, semua sokong presiden supaya Tan Sri S.A. Vigneswaran terus kekal sebagai Presiden MIC dan kita sedia membantu usaha beliau, khususnya untuk membina bangunan berkembar untuk MIC dalam masa terdekat, maka tiada persaingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berkenaan usul berkenaan, selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan yang ke-77 Badan Perhubungan MIC Negeri Perak di sini hari ini.

Pada 14 Okt, Pengerusi MIC Pahang V. Arumugam dilaporkan berkata gandingan Vigneswaran dan Saravanan cukup berwibawa dalam mengemudi parti, menjadikan akar umbi daripada MIC Pahang mahu mereka dikekalkan untuk perpaduan dalam MIC.

Sementara itu berkenaan usul sama hari ini yang tidak mempertandingkan jawatan timbalan presiden MIC, Saravanan berkata: “Saya cuma boleh cakap terima kasih, yang penting parti dalam keadaan kukuh dan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang telah memperkenankan kedudukan parti, sehingga menjemput MIC turut bersama dalam kempen pilihan raya kecil sebelum ini.”

Ketika ditanya alasan MIC Perak membawa usul itu, beliau berkata MIC Perak melihat parti di peringkat pusat berada dalam keadaan cukup kukuh dan mereka mahu meneruskan keadaan itu.

“Pucuk pimpinan parti tiada jawatan kerajaan sebagainya, maka yang penting parti berada dalam keadaan kukuh,” katanya.

MIC Perak turut membawa lima lagi usul lain, antaranya pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri daripada MIC, bantuan pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada kaum India, serta peluang untuk pelajar India dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, Saravanan berkata Anwar tidak pernah berbincang berkenaan pemilihan beliau menganggotai Kabinet dalam rombakan Kabinet dan beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin sahaja.

“Kita cuma sokong perdana menteri supaya menstabilkan politik negara. Saya telah pun menyatakan kepada perdana menteri, kita menyokong kerajaan tanpa sebarang ugutan dan paksaan serta syarat,” katanya ketika ditanya berkenaan laporan media sebelum ini, yang menyatakan beliau akan kembali menganggotai Kabinet dalam rombakan Kabinet. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related