◉ HEADLINES

Affiliate sanggup guna gambar sensitif, penderitaan orang kaut untung, ‘semakin menjadi-jadi, melampau’

Justeru, seorang pempengaruh media sosial menggesa peraturan khas diwujudkan pihak e-dagang terhadap affiliate yang menggunakan strategi berkenaan

11:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial yang menjadi ‘affiliate’ bagi produk atau barangan di platform e-dagang, ditegur supaya tidak menggunakan imej berunsur sensitif, termasuk kisah sedih dan penderitaan seseorang semata-mata mahu menarik pembeli dan meraih pendapatan.

Affiliate adalah satu daripada teknik pemasaran dan pengiklanan produk di internet yang menyaksikan individu, menjadi orang tengah bagi mempromosi produk peniaga lain melalui pautan.

Individu terbabit seterusnya akan menerima komisen jika ada sesiapa membeli barangan dalam tempoh tertentu selepas membuka pautan itu.

Seorang pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook berkata, kaedah menggunakan imej berunsur sensitif semakin menjadi-jadi dan melampau dalam kalangan affiliate, malah mereka seolah-olah mengambil kesempatan atas ‘penderitaan’ serta ‘kesusahan’ pihak lain.

Justeru, katanya, peraturan khas sepatutnya diwujudkan pihak e-dagang terhadap affiliate yang menggunakan teknik berkenaan.

Mohd Fadli mempersoalkan, apakah perasaan seseorang sekiranya gambar ahli keluarga mereka sendiri digunakan bagi tujuan affiliate itu mendapatkan pendapatan? – Tangkapan layar Facebook Mohd Fadli Salleh, 11 November, 2023

“Sebab fokus mereka (affiliate) ni hanya nak orang klik je link (pautan) mereka. Awal dulu mereka reka konten (kandungan) sendiri, buat kisah tipu-tipu yang menarik orang untuk baca, itu boleh tahan lagi.

“Tapi bila sampai dah guna gambar orang mati, dedahkan ic (kad pengenalan) orang merata, guna gambar anak Paless (Palestin) yang sedang menderita, ini pada aku melampau batas dah.

“Tak salah jadi affiliate. Aku pun affiliate. Tapi biar la beretika nak iklankan apa-apa. Jangan sampai pergunakan gambar orang mati, kisah panas dan kontroversi, lebih-lebih lagi tunggang isu Paless hanya kerana nak income (pendapatan) tu,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau mempersoalkan apakah perasaan seseorang sekiranya gambar ahli keluarga mereka sendiri digunakan bagi tujuan affiliate itu mendapatkan pendapatan.

“Apa rasa kalian jika adik atau ayah kalian meninggal dunia akibat kemalangan, sakit atau apa jua punca, tapi orang guna gambar arwah untuk tujuan iklan dan income mereka?

“Cuba la letak diri tu kat situ. Nak berniaga buatlah dengan cara betul. Kena ada satu peraturan khusus dah pasal ni,” tulisnya.

Fadli berkata, tidak menghairankan affiliate ‘teruja’ menggunakan cara tidak beretika itu berikutan ada antara mereka mampu menjana pendapatan puluhan ribu sebulan.

“Jika kalian tekan link (pautan) mereka, kemudian dibawa ke aplikasi (platform e-dagang), walau kalian terus exit (keluar) tanpa membeli apa-apa, mereka (affiliate) tetap dapat komisen bila kalian membeli dalam masa tujuh hari. Apa jua barang kalian beli, mereka akan dapat komisen,” katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

◉ Related