◉ HEADLINES

Maklumat salah kini menjadi krisis semakin meningkat: Anwar

Tegasnya, bagi mengekang situasi itu, kerajaan dan pihak antarabangsa perlu campur tangan

11:19 AM MYT

 

SAN FRANCISCO – Maklumat salah dan palsu yang memudaratkan kini menjadi krisis yang semakin meningkat dan mencapai titik kritikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menandakan wujud keperluan segera untuk kerajaan campur tangan dan memerlukan kerjasama antarabangsa bagi mengekang keadaan itu.

Malah, beliau menyeru syarikat teknologi, khususnya sudah berkembang maju di Lembah Silikon, menjalankan tanggungjawab penting sebagai penjaga komunikasi moden.

“Mereka ditugaskan dengan dasar pelaksanaan yang menentang maklumat salah dan maklumat palsu, sambil menegakkan hak kebebasan bersuara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada syarahan khas bertajuk ‘Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific’ di University of California di sini, hari ini.

Kawasan Teluk San Francisco menempatkan banyak syarikat Fortune 500 terbesar di dunia, seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss dan beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan AI (kecerdasan buatan), bioteknologi, perisian, teknologi bersih serta media sosial.

Berada di sana bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) 2023, Anwar berkata, adalah penting untuk melaksanakan penyelesaian teknologi termaju dan penyederhanaan kandungan manusia yang kukuh berdasarkan konteks tempatan.

“Langkah ini dan komitmen terhadap ketelusan serta akauntabiliti adalah penting, bagi platform ini berfungsi sebagai saluran untuk dialog membina dan bukannya saluran untuk penipuan serta manipulasi.

“Ketika kita menghadapi cabaran belum pernah berlaku ini, marilah kita menghadapinya sebagai seruan yang jelas untuk memperkukuh dan meremajakan institusi demokratik untuk era digital,” katanya di hadapan lebih 250 pelajar.

Anwar berkata, inilah masanya untuk menjalin perkongsian lebih kukuh dan memanfaatkan inovasi yang dapat melindungi masyarakat serta struktur kehidupan kolektif.

“Demokrasi, walaupun ada kelemahan, kekal sebagai harapan terbaik dan ketahanannya bergantung kepada kewaspadaan serta penambahbaikan berterusan, selari dengan dedikasi mereka yang mendahului kita,” katanya. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related