◉ HEADLINES

Warga emas berkerusi roda bangun awal, teruja mengundi demi anak

Anak yang dimaksudkan merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK itu, Abidin Ismail

1:04 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Seorang warga emas tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai pengundi meskipun terpaksa hadir berkerusi roda ketika pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri di sini hari ini.

Che Rifiah Zakaria, 79, keluar seawal 7.30 pagi ditemani anak perempuannya Zalina Ismail, 58, dan menjadi pengundi pertama mengundi di pusat pengundian itu.

Zalina ketika ditemui berkata emaknya bersemangat untuk keluar awal mengundi meskipun kediamannya di Kampung Masjid Sungai Duri hanyalah 500 meter dari sekolah itu.

“Emak bangun awal pagi ini. Dia memang ingat tarikh hari ini dan sudah mengundi lebih dari lima kali PRU (Pilihan Raya Umum). Dia kata tidak mahu melepaskan peluang keadaan tenang pada awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan mahu beri sokongan kepada anak ketiga,” katanya.

Memaklumkan pendengaran ibunya kini kurang jelas dan mempunyai penyakit darah tinggi, Zalina berkata anak ketiga yang dimaksudkan merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK itu Abidin Ismail, 56.

Terdahulu, Abidin yang mengundi di pusat mengundi yang sama, tiba kira-kira 8.15 pagi sempat bertemu ibu dan kakaknya itu yang telah selesai mengundi.

Abidin kelihatan sebak ketika bertemu ibu dan kakaknya itu di samping menyatakan kesyukuran kerana mereka sanggup hadir awal untuk mengundi.

Abidin ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan PRK kali ini dan berharap pengundi keluar beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap calon pilihan masing-masing demi menyuburkan proses demokrasi.

Seorang lagi warga emas, Heng Siew Cheng, 67, juga tidak melepaskan peluang turun mengundi awal meskipun bertongkat dan berkaki palsu akibat kencing manis.

Anak jati Sungai Duri dan tinggal di Taman Seruling Emas, di sini itu berkata dia dihantar anak perempuannya Heng Siang Woon, 38, dengan kereta sebelum petugas SPR memimpinnya untuk melakukan urusan pengundian.

“Saya sudah mengundi sejak umur 28 tahun. Jika saya begini pun boleh turun (mengundi), saya harap mereka yang sihat pun turunlah sama,” kata bekas tukang masak itu.

PRK berkenaan menyaksikan Abidin dicabar bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pertembungan satu lawan satu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 6 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related