◉ HEADLINES

‘Hanya penyeleweng jadi kaya melalui politik’: Sultan Selangor kongsi pesanan Harry S. Truman

Mengambil iktibar daripada kata-kata bekas Presiden AS itu, Sultan Selangor mengingatkan bahawa masyarakat akan hancur sekiranya individu paling kaya terdiri daripada kalangan ahli politik

8:37 AM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pesanan mendalam mengenai integriti dalam kepimpinan politik menerusi perkongsian kata-kata hikmat bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman.

Menerusi hantaran di laman Instagram Selangor Royal Official, baginda menyifatkan petikan kata-kata tersebut sebagai satu renungan penting buat seluruh rakyat, khususnya golongan pemimpin.

Dalam perkongsian itu, Sultan Sharafuddin memetik kenyataan Truman yang memberikan amaran keras mengenai amalan mengumpul kekayaan melalui jalan politik.

“Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng,” titip baginda dalam terjemahan petikan tersebut.

Selain itu, baginda turut berkongsi satu lagi petikan susulan yang menyentuh kesan buruk apabila golongan politik mendominasi carta kekayaan dalam sesebuah komuniti.

Petikan tersebut menegaskan: “Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah.”

Hantaran yang disertakan bersama petikan asal dalam bahasa Inggeris itu diakhiri dengan harapan agar mesej tersebut memberi manfaat kepada semua pihak.

“Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat,” titah baginda.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian netizen di media sosial, dengan rata-rata warga Selangor dan rakyat Malaysia menyokong ketegasan baginda dalam membangkitkan isu integriti dan antirasuah demi kesejahteraan negeri dan negara. – 7 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related