◉ HEADLINES

Rekod sabitan Pemangku Pengerusi HDC masih wujud dalam data SPRM

Semakan dijalankan SPRM pada 30 Oktober 2024 atas permohonan HDC mendapati tiada sebarang rekod siasatan aktif atau fail terbuka ke atas Azhari pada tarikh semasa

10:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rekod sabitan kes melibatkan pemangku Pengerusi Halal Development Corp (HDC), Datuk Azhari Shaari masih wujud dalam Pangkalan Data Pesalah Rasuah.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya mengesahkan hukuman denda terhadap Azhari yang pernah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan sudah pun dilaksanakan mahkamah.

Penjelasan itu susulan kenyataan dibuat HDC yang Azhari sudah pun melalui tapisan keutuhan oleh SPRM dan tidak mempunyai rekod bersalah berkaitan rasuah, lapor Berita Harian.

Jelas BKS SPRM, tapisan keutuhan dijalankan terhadap Azhari sekadar panduan kepada HDC selaku pemohon dan tidak bersifat mengikat.

“Semakan dijalankan SPRM pada 30 Oktober 2024 atas permohonan HDC mendapati tiada sebarang rekod siasatan aktif atau fail terbuka ke atas Azhari didapati pada tarikh semasa.

“Maklum balas rasmi dikemukakan kepada pihak HDC pada 4 November 2024 dan mereka dimaklumkan secara faktanya bahawa tiada siasatan aktif sedang dijalankan SPRM terhadap penama ketika itu,’’ katanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan bagaimana pemangku pengerusi Halal Development Corporation (HDC) Azhari Shaari, diisytiharkan bebas daripada rekod rasuah sedangkan dokumen rasmi SPRM menunjukkan sebaliknya.

Menurut Fadhli, jawatan Pemangku Pengerusi bukannya kecil dan ia bakal mendedahkan kepada pengurusan kewangan aras tinggi.

“Jikapun mahu dibuat lantikan politik, bukankah masih ramai lagi pemimpin Umno yang ada yang boleh dilantik ke jawatan ini? Atau sudah tiada yang bersih untuk dilantik,’’ soalnya.

HDC sebelum ini dilapor mendakwa melalui keputusan Jawatankuasa Tapisan Integriti SPRM bertarikh 4 November tahun lalu, Azhari selaku pemangku pengerusinya itu sudah disahkan bebas daripada sebarang rekod kesalahan rasuah.

Dalam pada itu, BKS SPRM menasihatkan semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh mengelirukan atau menjejaskan proses semakan keutuhan yang dijalankan secara profesional dan berintegriti.

SPRM, katanya, komited untuk terus memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap proses semakan dan siasatan dijalankan, selaras prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. – 10 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related