◉ HEADLINES

Set minda perang dingin perlu dinoktahkan: PM

Menurutnya, keadaan ketika ini lebih berkecamuk dan kompleks, justeru negara besar atau kecil perlu berganding bahu dan tidak melakukan sebaliknya

8:27 AM MYT

 

SAN FRANCISCO – Negara seperti Malaysia dan kumpulan serantau seperti Asean tidak harus dipaksa melihat dunia ini dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata, keadaan pada masa ini adalah lebih berkecamuk dan kompleks, yang memerlukan negara-negara sama ada besar atau kecil untuk berganding bahu serta bekerjasama dan tidak melakukan sebaliknya. 

Oleh kerana itu mengapa pertemuan di antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah penting.

“Ia harus memberikan satu mesej jelas bahawa kita boleh bekerjasama dan percaya antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah serius seperti Perubahan Iklim,” katanya dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan ”The Global Economy and State of The World,” di sini pada Rabu.

Terlalu banyak isu kontroversi yang sedang dihadapi, kata Anwar yang memberi contoh seperti peperangan di Ukraine dan Gaza.

“Anda mesti mencuba dan menerima hakikat bahawa anda mungkin tidak dapat mencapai kesemua hasil yang diinginkan tetapi libat urus ini adalah penting untuk dicuba dan mewujudkan bidang yang boleh dilaksanakan.

“Negara seperti Malaysia dan Asean  tidak boleh dipaksa untuk melihat dunia dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin,” katanya.

Perdana Menteri menekankan kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan China sama penting bagi Malaysia.

“Amerika Syarikat merupakan rakan tradisi dan pelabur utama di Malaysia tetapi berlaku perubahan dan terdapat peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan dari China. 

“Jadi mengapa kemudian meletakkan kami dalam keadaan yang sukar, satu mainan campur-tolak. Untuk manfaat negara-negara membangun dan juga untuk Barat dan Timur, saya percaya penyelesaiannya sudah tentu kerjasama yang lebih hebat.

“Pemimpin bijak dengan wawasan dan komitmen. Kita harus berkongsi idea  dan boleh menyelesaikan isu-isu dengan lebih berkesan,” katanya.

Anwar tiba di sini pada Isnin (13 November) untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dari 14 hingga 17 November, yang merupakan penampilan sulung beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat itu.

Beliau diiringi oleh isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan pegawai kanan kerajaan yang lain. – 16 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related