◉ HEADLINES

Kerajaan akan teliti pendekatan lebih adil agar kebajikan 40,000 pemandu teksi terpelihara: PM

Anwar berharap usaha yang dirancang kerajaan itu akan dapat meningkatkan taraf hidup pemain industri dan mutu perkhidmatan teksi

9:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyemak dan meneliti satu pendekatan yang lebih adil dapat dilaksanakan dalam memastikan kelestarian industri teksi.

Perdana Menteri turut berharap agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan teksi kelak.

“Saya telah dikunjungi oleh ahli-ahli daripada Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) yang diterajui oleh saudara Kamarudin Hussain,’’ katanya dalam hantaran menerusi Facebooknya hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mendengar beberapa cadangan penambahbaik ekosistem industri teksi.
Ia termasuk memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

“Didoakan agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan teksi kelak, Insya-Allah,’’ katanya. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related