◉ HEADLINES

Polis sahkan lelaki tempatan mati mengejut dalam tahanan

Bedah siasat dijalankan semalam dan hasilnya mendapati tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah dikesan

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan kelmarin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berumur 38 tahun itu adalah orang kena tuduh (OKT) yang ditempatkan sementara di lokap berkenaan dari Penjara Pengkalan Chepa.

“OKT selesai sebutan kes (jatuh hukum) pada 22 November oleh Mahkamah Majistret Pengkalan Chepa dan menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap, iaitu 5 Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 122 (Akta Dadah Berbahaya 1952),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada kira-kira 7.42 malam kelmarin, tahanan terbabit mengadu sakit dan pihak hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, susulan situasi itu, Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematiannya.

Azri berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam dan hasilnya mendapati tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah dikesan.

“Ujian pengesanan COVID-19 dibuat ke atas si mati dan keputusannya negatif,” katanya.

Justeru, beliau berkata, punca kematian masih belum disahkan dan diklasifikasikan sebagai ‘pending investigations’, sementara menunggu keputusan makmal.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT), JIPS, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related