◉ HEADLINES

Anwar lawat Selatan Thailand hari ini

Kunjungan atas jemputan Srettha itu, antara lain bertujuan bagi melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand

8:50 AM MYT

 

SADAO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke sini hari ini, dengan fokus untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan rakan sejawatannya Srettha Thavisin.

Lawatan itu yang merupakan atas jemputan Srettha, antara lain bertujuan bagi melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Anwar akan diiringi beberapa menteri, timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri dijadual tiba di bangunan baharu CIQ Sadao sekitar 11 pagi (waktu tempatan, Malaysia 12 tengah hari) dan dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, yang merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Thailand di sebuah hotel, di sini sebelum kedua-dua pemimpin bertolak ke ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia bagi melawat fasiliti itu.

ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao merupakan sempadan penting kedua-dua negara dan antara pintu keluar dan masuk utama perdagangan dan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala melalui ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao menjangkau jumlah RM33.67 bilion, sementara kemasukan pelancong warganegara Thailand ke Malaysia melalui sempadan berkenaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 ialah seramai 212,691 orang. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related