◉ HEADLINES

Tidak rasmi: Samsuri menang di Kemaman

Menteri Besar Terengganu itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

8:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, sekali gus mempertahankan kerusi dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Besar Terengganu itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.30 malam ini, menyaksikan Ahmad Samsuri mendapat 33,636 undi, mengatasi Raja Mohamed Affandi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah atas kemenangan besar PAS di kerusi berkenaan.

“Tahniah PAS atas kemenangan besar di Parlimen Kemaman. Ini bermakna Perikatan Nasional (PN) kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini.

“Manakala Kerajaan Perpaduan kekal didukung 152 ahli Parlimen. Tiada apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf berkata, selepas PRK itu, parti boleh memberikan fokus kepada segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara.

“Buat semua pengundi setia BN, terima kasih banyak kerana masih meyakini perjuangan (parti) ini.

“Buat seluruh jentera BN seluruh negara yang bertungkus-lumus di Kemaman selama lebih 14 hari, sekalung penghargaan setingginya atas usaha dan ikhtiar,” katanya.

Terdahulu, pada PRU-15, PAS yang mempertaruhkan Che Alias Hamid, iaitu penyandang kerusi berkenaan menang dengan majoriti 27,179 undi.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Che Alias, susulan didakwa wujud unsur rasuah. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related