◉ HEADLINES

Umno kekal sokong kepimpinan Anwar

Umno juga akan terus memperteguh asas kerjasama yang dipersetujui bersama gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan menerusi perjanjian yang dimeterai

11:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno akan terus mendukung pendirian parti untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara Itu diperakukan menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan malam ini.

“Sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan, MKT menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan sebagai mana titah Yang di-Pertuan Agong.

“Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli Parlimen dan Adun Umno akan terus menyokong kepimpinan Anwar selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, sebagai mana diputuskan MKT Umno pada 24 November 2022, selain diluluskan sebulat suara oleh perwakilan perhimpunan agung parti 14 Januari lalu,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kemungkinan bekerjasama semula dengan Umno di sebalik sejarah ‘pahit’ kedua-dua parti itu, sebelum ini.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dipetik berkata, sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Bersatu, selain menjelaskan PAS tidak pernah mengetepikan agenda penyatuan ummah.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Umno akan terus memperteguh asas kerjasama yang dipersetujui bersama gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan menerusi perjanjian yang dimeterai.

“Ia terutamanya berkenaan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti gabungan, MKT juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan depan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Umno akan mengadakan kolokium khas bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk orang Melayu di negara ini, pada 6 Januari depan.

Katanya, kongres itu diadakan bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related