◉ HEADLINES

Malaysia kesal, bantah tindakan AS tolak resolusi PBB tuntut gencatan senjata: PM

Beliau turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia amat kesal dan membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya, untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mewakili negara, beliau turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza.

“Satu dunia menemplak dan membantah (tindakan Israel) dan saya masih kesal dan bantah sikap AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan. Saya bagi pihak kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, membantah terhadap keputusan AS menolak gencatan senjata Majlis Keselamatan (PBB).

“Tolonglah, kita mesti hentikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah, orang awam, bayi dan wanita dan tidak terdapat sebab, tiada sebab langsung untuk mana-mana pihak menafikan perkara ini dan sebab itulah saya berasa sedih dengan keputusan melampau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan AS pada Jumaat yang memveto resolusi PBB untuk menggesa gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza, sekali gus mematahkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meluangkan kira-kira satu jam melawat Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related