◉ HEADLINES

Wajah dikutuk senget sebelah, Shikin Maembong kata…

Menjelaskan perkara itu secara tenang, dia meminta netizen tidak menghina rupa paras orang lain

8:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun tidak meraih populariti seperti adik-beradiknya yang turut menceburi bidang muzik dan lakonan, Shikin Maembong atau Siti Nur ‘Ashikin Ismail, 40, tetap tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen.

Bahkan, ada antara mereka yang mengutuk paras rupanya dengan mengatakan wajahnya senget sebelah, walhal Shikin pernah memaklumkan bahawa dia pernah mengalami gejala Bells Palsy.

“Tak baik kutuk, tak baik menghina paras rupa orang. Muka saya senget ke? Mata saya berkedip-kedip ke? Apa ke? Kau dah kenapa?.

“Takpe kau tunggu. Kau tunggu suami kita balik kejap lagi. Kau tunggu. Kejap lagi sambung. Kejap lagi,” katanya ketika menjawab kutukan netizen menerusi video dimuatnaik di Instagram dalam nada tenang.

Suaminya, Cat Farish kemudian muncul dan memberikan kata-kata amaran kepada netizen yang mengutuk isterinya, dengan nada suara dan raut wajah cukup lucu.

“Oh, kutuk isteri orang mata senget ek? Berdosa huh. Menghina ciptaan Tuhan huh. Siap kau nanti bala askar akan membalas segala-galanya,” katanya dengan nada menahan ketawa.

Rata-rata pengikutnya cuba mempertahankan Shikin sambil menyatakan bekas isteri Chef Riz itu, pernah memaklumkan mengenai gejala Bells Palsy dihidapinya.

Gejala Bells Palsy adalah keadaan menyebabkan saraf wajah yang mengawal otot muka seseorang menjadi lemah, ‘rosak’ atau berhenti berfungsi, sehingga mengakibatkan rupa dan mata seseorang senget.

Shikin dan Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, melangsungkan pernikahan di Setapak pada 13 Julai lalu, selepas tiga bulan menyulam cinta.

Kedua-dua mereka pernah dua kali gagal dalam perkahwinan. – 15 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related