◉ HEADLINES

Persediaan hadapi bencana: 3 negeri diminta aktifkan jawatankuasa pengurusan

Ia susulan notis amaran hujan berterusan waspada (kuning) dikeluarkan NADMA sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan, terutama di kawasan berisiko tinggi

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terengganu, Pahang dan Johor diminta mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah, susulan amaran hujan berterusan waspada (kuning) dikeluarkan hari ini.

Notis itu dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), susulan hujan berterusan dijangka berlaku sehingga esok.

Menurutnya, jawatankuasa itu juga diminta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana bakal berlaku, terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas.

“Jawatankuasa ini juga dimohon memastikan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi, selain berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua pusat operasi/kawalan bencana peringkat pusat hendaklah memanjangkan notis ini ke peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Menerusi notis dikeluarkan pada jam 2 petang tadi, amaran itu setakat ini membabitkan Dungun dan Kemaman di Terengganu; Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa sama, notis itu memaklumkan, NADMA melalui NDCC akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

NDCC, katanya, sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan alamat emel [email protected],” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related