◉ HEADLINES

1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi: SPRM

Azam berkata masih terlalu awal untuk SPRM membuat sebarang kesimpulan memandangkan siasatan melibatkan pertikaian teknikal berkaitan pelaksanaan projek antara KPM dan YTL

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau menegaskan bahawa SPRM akan mematuhi semua proses sewajarnya dalam memastikan ketelusan siasatan, dan menyeru agar semua pihak mengelakkan daripada membuat spekulasi.

“Kami juga akan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh YTL,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azam berkata masih terlalu awal untuk SPRM membuat sebarang kesimpulan memandangkan siasatan melibatkan pertikaian teknikal berkaitan pelaksanaan projek antara KPM dan YTL.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa SPRM akan berusaha mempercepatkan siasatan sebaik mungkin.

Semalam, YTL dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa tender 1BestariNet diberikan kepada syarikat itu berdasarkan bidaannya yang memenuhi keperluan teknikal dan lebih efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain, sekali gus menunjukkan keupayaan dan merit syarikat tersebut. – 31 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related