◉ HEADLINES

90 gambar berunsur lucah dalam data telefon Ebit Lew: Saksi

Polis turut menemukan tiga rakaman video, juga dipercayai berunsur lucah

11:05 PM MYT

 

TENOM – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 90 keping gambar dipercayai berunsur lucah, ditemukan dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata, beliau menganalisis data itu yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat, dan hasil analisis pada 10 Mac 2022 menemukan gambar itu serta tiga rakaman video, juga dipercayai berunsur lucah.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai hasil analisanya terhadap barang kes, iaitu sebuah pemacu kilat yang diserahkan oleh syarikat LGMS Berhad kepada PDRM.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, beliau mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu, supaya boleh dibaca perisian forensik.

“Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat,” katanya pada perbicaraan kes Ebit Lew.

Yip berkata, data dianalsisnya itu turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021, pukul 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 pukul 7.50 pagi.

Beliau berkata, dia telah menyerahkan pemacu kilat itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Januari tahun lepas.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok. – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related