◉ HEADLINES

Netflix henti tayang Annapoorani selepas penganut Hindu berang babak makan daging dipapar

Aktres utama filem berkenaan, Nayanthara, turut dikecam kerana melakonkan watak sebagai anak perempuan sami yang tidak mengamalkan vegetarian kerana tindakan itu bertentangan dengan norma

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adegan makan daging dalam filem Tamil, Annapoorani: The Goddess of Food, mencetuskan kegemparan dalam kalangan penganut Hindu di India, sehingga ia dikeluarkan daripada perkhidmatan penstriman Netflix.

Annapoorani, diarahkan Nilesh Krishna, ditayangkan di pawagam pada Disember lalu dan boleh didapati di Netflix tidak lama selepas itu.

Semakan mendapati filem itu sudah tidak disiarkan Netflix setakat semalam.

Hindu adalah kumpulan agama terbesar di India dan saminya serta keluarga mereka, biasanya vegetarian.

Pelakon utamanya, Nayanthara juga menerima kesan atas peranan dibawanya ketika penunjuk perasaan membuat laporan polis di Mumbai berhubung filem berkenaan. Beliau memainkan watak sebagai anak perempuan seorang sami kuil Hindu di negeri selatan Tamil Nadu dan memakan daging serta kemudian memasak kaki ayam semasa satu pertandingan.

The Times of India melaporkan, filem itu akan dipaparkan semula di Netflix sebaik sahaja adegan mencetuskan perbalahan dan dialog dikeluarkan atau diubah.

Netflix masih belum mengulas mengenai perkara itu.

Pada Rabu, penyokong tegar Hindu membantah tindakan Netflix dan filem itu di pejabat syarikat berkenaan di Mumbai.

Ini bukan kali pertama penganut Hindu membantah sebuah filem.

Pada tahun 2021, Amazon memohon maaf atas beberapa adegan dalam sirinya ‘Tandav’ yang dianggap menyinggung perasaan penganut Hindu.

Netflix dan Amazon popular di India, dengan dijangka berkembang menjadi pasaran AS$7 bilion (RM32.52 bilion) menjelang 2027. – 12 Januari 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related