◉ HEADLINES

Kekalkan PM Anwar hingga habis penggal: Abang Jo

Abang Johari juga menyeru semua ahli politik agar meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri

11:37 PM MYT

 

KUCHING – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan untuk menerajui negara sehingga tamat penggal Parlimen.

Premier Sarawak itu berkata mengikut sistem demokrasi, ketentuan siapa yang menerajui kerajaan haruslah melalui pilihan raya dan sokongan kepada Anwar juga penting agar wujud kestabilan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.

“Jika Perdana Menteri sudah ada di sana, biarkanlah sampai habis kerana ketentuan kerajaan mengikut demokrasi adalah apabila pilihan raya diadakan maka keputusannya itu kekal sampai habis… kalau (kita tukar Perdana Menteri) tengah jalan, akan jadi satu situasi yang tidak menentu dan yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya semasa sesi Townhall 7 Tahun Bersama YAB Premier Sarawak malam ini.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November 2022.

Abang Johari juga menyeru semua ahli politik agar meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.

“Kami di Sarawak berkehendakkan negara Malaysia yang kuat… kita lihat jiran kita sudah ke depan… Indonesia sudah membangun tetapi pemimpin kita masih main politik. Bagi Sarawak, kita sokong kestabilan politik,” katanya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related