◉ HEADLINES

‘Tergoda’ dijanjikan keuntungan sehingga 350 peratus, kerani rugi RM240,000

Wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lalu

3:49 PM MYT

 

SIBU – Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lalu.

Menurutnya suspek kemudian memberi penerangan mengenai pelaburan tersebut yang menawarkan keuntungan 200 hingga 350 peratus.

“Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan dari penghujung November hingga penghujung Disember.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan suspek, sebelum tampil membuat laporan pada 28 Disember lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mancha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related