◉ HEADLINES

Pernah dua kali keguguran, akhirnya Uqasha Senrose umum hamil anak pertama 

Berita gembira itu diumumkan Uqasha menerusi hantaran di akaun Instagram

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Uqasha Senrose kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami, Kamal Adli.

Berita gembira itu diumumkan oleh Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, di akaun Instagram.

“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza. Dan ini antara rezeki yang paling besar untuk saya. Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pula,” tulisnya.

Tambah Uqasha, ramai yang bertanya padanya tentang isu kehamilan sebelum ini, tetapi dia takut untuk menjawab kerana pernah alami keguguran.

“Ramai yang bertanya kenapa saya tak jawab-jawab. Sebab dah gugur jadi saya takut. Biarlah saya sendiri yang cakap.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan bayi. Terima kasih kepada yang mendoakan. Jodoh, ajal, rezeki semuanya dari Dia.

“Jujur sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriat. Bila dapat tahu, saya rasa bahagia sangat. Allah maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut, rezeki semua dari Dia,” tulisnya.

Kongsinya, bila bakal menjadi ibu, dia sudah tidak mementingkan kecomelan atau kecantikan yang penting anak yang bakal dilahirkan nanti sihat dan cukup sifat.

Terdahulu sebelum ini tular di media sosial apabila seorang doktor dikatakan mendedahkan berita tentang kehamilan Uqasha. Namun aktres jelita itu mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – 15 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related