◉ HEADLINES

Afdlin Shauki akui sudah bernikah sejak Aidilfitri lalu

Menurut Adflin, dia lebih selesa jika hal peribadi disimpan buat dirinya disebabkan itu dia tidak menghebohkan berita mengenai perkahwinannya yang berlangsung beberapa bulan lalu

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki Aksan mengakui bahawa beliau telah berkahwin buat kali kedua sejak Aidilfitri lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh Afdlin, 52, menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan di TV3.

“Apa yang saya boleh kongsikan, Alhamdulillah saya telah pun berumah tangga. Saya rasa tenang. Anak-anak dan bekas isteri saling mengenali dan merestui.

“Allah permudahkan segala urusan saya. Saya lebih suka simpan hal peribadi saya. Ketika bersama bekas isteri dulu pun, saya jarang bawa dia jumpa dengan orang. Apa yang penting bagi saya adalah kerja,” katanya. 

Ditanya gerangan wanita yang berjaya menambat hatinya, Adflin berkata dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan siapa suri hatinya. 

“Saya lihat orang lain punya perkahwinan dan penceraian tersebar luas. Pada saya, saya lebih suka simpan hal peribadi. Sebab itulah saya tak beritahu kepada umum bahawa saya telah berkahwin sebelum ini. 

“Isteri saya orang biasa sahaja. Dia berasal dari Johor. Sebelum ini dia bekerja dengan saya. Sekarang ini dia masih bekerja dengan saya. Doakan saya dan isteri baru saya kekal hingga ke jannah,” ujarnya. 

Adflin pernah mendirikan rumah tangga bersama Maria Christina Orow Abdullah sejak 1997 sehingga 2022. Hasil perkahwinan lalu mereka dikurniakan tiga anak. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related