◉ HEADLINES

Apabila kita nasihat orang lain, kita juga harus sedia dinasihati, tegas Fahmi kepada Hassan

Ketua Penerangan PKR itu menyatakan pemimpin parti tidak bermesyuarat mengenai soal tindakan tatatertib terhadap MP Pasir Gudang itu

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Jika dia boleh memberi teguran, dia juga berhak menerima teguran’.

Demikian tegas Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengenai reaksi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim selepas ditegur supaya tidak mencampuri urusan parti lain.

“Apabila kita menasihati orang lain, kita juga harus bersedia untuk menerima nasihat. Pak Hassan adalah seorang yang sangat saya hormati dan beliau tidak ada masalah dengan teguran itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Youth Empowerment Fair di sini hari ini.

Mengenai kemungkinan Hassan dikenakan tindakan tatatertib, Fahmi berkata, pemimpin tertinggi parti tidak membincangkan mengenainya dan ia tidak menjadi isu.

Semalam, Fahmi memberi teguran keras kepada Hassan supaya tidak mencampuri urusan parti orang lain.

Tegas beliau, sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukakan maka ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaikan kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik.

Ia susulan gesaan Hassan sebelum ini yang menggesa supaya Umno membuat rombakan pemimpin baharu bagi mendapatkan undi Melayu untuk Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH).

Katanya, selagi dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong Umno, BN dan gabungannya (BN-PH).

Sebagai maklum balas kepada teguran oleh Fahmi, Hassan menegaskan bersedia dipecat oleh PKR sekiranya tindakan beliau untuk mempertahankan hak bersuara dan menyatakan fikiran dianggap sebagai satu kesalahan.

Beliau secara terbuka bersedia jika parti itu ingin memulakan prosiding disiplin ke atasnya. – 4 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related