◉ HEADLINES

Didakwa hina Agong: Tony Pua tiba beri keterangan di Bukit Aman

Hadir mengenakan baju dicetak ilustrasi dinosaur, bekas Ahli Parlimen Damansara itu diiringi V Ganabatirau, Michelle Ng dan Lim Guan Eng sebagai menunjukkan sokongan

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada jam 12.49 tengah hari ini, bagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan mengenai hantarannya di media sosial yang didakwa berbaur hinaan.

Mantan pemimpin DAP itu yang memakai kemeja-t dengan ilustrasi dinosaur diiringi beberapa rakan parti, iaitu Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Michelle Ng dan Adun Kg Tunku, Lim Yi Wei.

Pua memberitahu media yang menunggu di luar balai itu bahawa beliau menggunakan khidmat peguam Haijan Omar untuk mewakilinya.

Haijan adalah penasihat kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Guan Eng juga berada di balai berkenaan sebagai tanda sokongan kepada bekas Setiausaha Politiknya itu.

Pada jam 1.12 tengah hari, Pua dan Haijan memasuki Bukit Aman, dengan mengharapkan proses memberikan keterangan adalah pendek. – 5 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related