◉ HEADLINES

Cheras di KL atau Kajang? Persempadanan Selangor-KL dimuktamad 2025: Amirudin

Persempadanan itu rumit kerana melibatkan premis dan kawasan tepu bina berbanding persempadanan Pahang dan Negeri Sembilan.

6:38 PM MYT

 

SHAH ALAM – Persempadanan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan menjelang 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, persempadanan yang akan memasuki penjanjian persefahaman ketiga itu perlu dilakukan kerana ia melibatkan pertindihan percukaian tanah dan pintu serta penyelenggaraan utiliti.

Beliau berkata, persempadanan Selangor dan Kuala Lumpur agak rumit kerana melibatkan premis dan kawasan yang telah tepu bina berbanding pengalaman persempadan lepas antara Pahang dan Negeri Sembilan yang membabitkan kawasan hutan.

“Persempadanan ini perlu, kalau tidak peta tak tetap, kawasan ada yang dah bercantum, kalau kita lihat Cheras, ada orang kata Cheras mana? Kuala Lumpur ke Kajang?

“Jadi ia perlu, kerana libatkan percukaian tanah dan pintu dan macam-macam kepentingan antara kedua-dua negeri.

“Kita akan bergantung kepada dokumen perjanjian lama, Penyerahan Kuala Lumpur pada 1969 dan persetujuan lama, dulu tidak ada ukur tentu halus, sekarang ada, kita nak tentukan secara sah dan tepat,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dua hala antara kerajaan Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa.

Amirudin berkata, setakat ini 19 lokaliti dikenal pasti dan akan ada dua atau tiga akan dibincang dan berterusan dari semasa ke semasa.

“(Antara) lokaliti di Gombak, Ampang dan Hulu Langat.. Gombak lebih padat sebab dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan yang sudah memasuki perjanjian ketiga dan sebelum ditandatangan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Diminta mengulas kerjasama antara Selangor dan Kuala Lumpur bagi menjayakan Lembah Klang Raya sebagai Zon Ekonomi Khas, Amirudin berkata, kerajaan negeri harus menyiapkan pelan di negeri terlebih dahulu sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jika mereka (Kuala Lumpur) boleh dimasukkan, pastinya bagus untuk kami, namun saya rasa mereka juga ada kepentingan tersendiri sebagai pusat dagangan dan pentadbiran.

“Kerjasama antara dua negeri penting untuk faedah negara, lebih-lebih lagi Selangor menyumbang 25 peratus ekonomi manakala Kuala Lumpur lebih 15 peratus.

“Hampir 40 peratus ekonomi Malaysia disumbang dalam dua wilayah ini, saya percaya boleh digabungkan tapi kita nak selesaikan bahagian kita dahulu sebelum bincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya. – 5 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related