◉ HEADLINES

Menara MBJB dikejutkan dengan ancaman bom

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Petugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, Johor Bahru dikejutkan dengan ancaman bom yang dibuat menerusi e-mel pagi tadi.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, e-mel itu mengandungi unsur ancaman bom daripada [email protected].

Beliau berkata susulan penerimaan e-mel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. 

“Arahan pengosongan bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12 tengah hari ini sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Namun selepas pemeriksaan menyeluruh dijalankan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM), bangunan itu disahkan selamat dan mendapati ia adalah ancaman palsu.

Selepas pemeriksaan menyeluruh dijalankan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menara MBJB Bukit Senyum disahkan selamat dan ia adalah ancaman palsu – Gambar WikiCommons, 12 Februari, 2024

Berikutan itu, kira-kira 500 petugas dibenarkan masuk semula ke pejabat mereka pada jam 2.05 petang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Pada 14 Oktober lalu, sebuah pusat beli belah terkenal dan hotel di Johor Bahru gempar apabila ia dilaporkan menerima ancaman panggilan bom menyebabkan semua petugas dan pengunjung di situ diminta mengosongkan kediaman.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati ia adalah panggilan palsu. – 12 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related