◉ HEADLINES

‘Dulu masa kecil ayah bawa kami gunting rambut, kini giliran saya bawa dia’

Netizen turut memuji layanan Dr Akmal terhadap bapanya yang menghidap penyakit strok

10:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebiasaannya Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh akan berkongsi mengenai isu politik dan tugasnya sebagai wakil rakyat di media sosial miliknya.

Namun berbeza kali ini, apabila beliau memuat naik video mendukung bapanya masuk ke dalam sebuah kenderaan untuk dibawa ke kedai gunting rambut.

“Dulu masa saya kecil, setiap bulan wajib ayah akan bawa kami untuk gunting rambut.

“Kini tiba giliran saya pula yang bawa ayah gunting rambut,” katanya.

@drakmalsaleh Dulu ayah bawa kami Kini kami yang bawa ayah pula Terima kasih ayah #drakmalsaleh ♬ Ayah – Seventeen

Menurutnya, bapanya itu sudah hampir lapan tahun tidak dapat berjalan akibat strok.

Sebaik tiba di kedai gunting rambut, Dr Akmal dilihat mendukung bapanya masuk ke dalam premis tersebut dan meletakkannya di atas sebuah kerusi.

Kemudian dia dilihat mengarahkan tukang gunting untuk merapikan rambut bapanya itu.

Video tersebut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang turut memuji layanan Dr Akmal terhadap bapanya itu.

“Alhamdulillah, YB (Yang Berhormat) buat saya sebak. Beruntung dapat anak yang bertanggungjawab,” kata CikTimah.

“Bagus YB, sesibuk mana pun kita syurga kita tetap nombor 1,” kata Ayu.

“Tiba-tiba mata masuk habuk pula. Semoga ayah Dr terus sihat, InsyaAllah,” kata Rohaizaeja. – 17 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related