◉ HEADLINES

Ryzal ‘Duriankimchi’ didenda RM10,000 kerana persenda pakaian tradisional Iban, Ngepan Indu

Peguam meminta kelonggaran hukuman memandangkan Ryzal Ibrahim telah mengaku salah dan memohon maaf terhadap komen menghina yang dimuatnaik tiga tahun lalu

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai ‘Duriankimchi’ di dalam saluran Youtube bersama isterinya yang berasal dari Korea, telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara enam bulan kerana mempersendakan pakaian tradisional Iban, Ngepan Indu.

Hakim Mahkamah Sesyen Miri, Azreena Aziz, menjatuhkan hukuman ke atas Ryzal, 31, atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, atas pengakuan bersalah memulakan komen mengenai pakaian itu di akaun Instagramnya, tiga tahun lalu.

Ryzal didakwa di bawah Seksyen 223 (1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan penjara selama setahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Agustine Geraman, 36, telah membuat laporan polis pada 27 Mei, 2021, mendakwa beliau menonton akaun Facebook di bawah akaun Duriankimchi, dan mendapati komen mengenai pakaian tradisional Iban dikenali sebagai Ngepan Indu, telah menyinggung perasaan.

Dia mendakwa komen berkenaan bukan hanya menyinggungnya, malah seluruh masyarakat Iban.

Sebanyak 27 laporan polis telah dibuat di seluruh Sarawak terhadap Ryzal.

Ketika merakamkan video terbabit, yang dimuatnaik dalam akaun Instagram dan kemudian dikongsi di akaun Facebook dan YouTube, Ryzal dilihat menunjuk pada bahagian pakaian itu sambil membuat komen menghina.

Ryzal diwakili peguam, Firdaus Morshidi, manakala Timbalan Pendakwaraya adalah Mohd Fillany Siji dan Ahmad Ihsan Jalalludin.

Firdaus meminta kelonggaran hukuman memandangkan Ryzal telah mengaku salah dan ia menjimatkan masa serta kos mahkamah, selain kehadirannya ke Miri bagi kes terbabit.

Beliau juga berkata, Ryzal turut memohon maaf di atas kandungan berkenaan serta kesal dengan perbuatannya yang merupakan kesalahan pertama.

Pihak pendakwaraya mencadangkan mahkamah mengenakan denda sebagai peringatan bahawa kepentingan awam perlu diutamakan.

Ryzal membayar denda tersebut. – 21 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

MRT Corp awards RM3.03b Penang Mutiara Line systems contract to MRCB-Theta Edge JV

The appointment of the System Turnkey Contractor marks the next major phase of the Penang Mutiara Line, allowing railway systems design to progress in tandem with ongoing civil works

◉ Related