◉ HEADLINES

Keputusan SPM 2023 kekal pada 27 Mei ini

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM khasnya di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan memerlukan masa yang cukup untuk memproses keputusan dengan teliti dan tepat

7:47 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan tarikh tersebut juga, tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru kerana keputusan SPM boleh juga diperolehi secara dalam talian.

“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM) kita mendengar semua pandangan, apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru.

Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 hari bulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan,” katanya selepas merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam hantarannya di media sosial, Fadhlina turut menjelaskan, keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor lain, termasuk masa untuk Lembaga Peperiksaan memproses keputusan.

“KPM khasnya di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan memerlukan masa yang cukup untuk memproses keputusan dengan teliti dan tepat.

“Dalam masa sama, ia turut mengambil kira perkara lain termasuk tarikh permohonan dan kemas kini Unit Pusat Universiti (UPU) dan lain-lain bagi tujuan kemasukan calon lepasan SPM pada peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini, susulan guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini. – 10 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related