◉ HEADLINES

Bagi saya aneh: PM persoal pembangkang berdiam usaha SPRM siasat mahakaya

Pembangkang sebelum ini menjadikan modal dakwaan rasuah serta salah guna kuasa melibatkan golongan ‘mahakaya’ sebagai dendam politik yang sudah lama dipendam Anwar

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan pembangkang yang masih berdiam serta tidak menyatakan sokongan terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat golongan ‘mahakaya’ yang terkait rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya pembangkang lebih gemar menuduh dan memainkan naratif dengan mendakwa tindakan SPRM itu, sebagai satu cara untuk beliau melunaskan ‘politik dendam’ yang sama sekali tidak benar serta menyimpang daripada pimpinannya.

“Saya lihat di Parlimen, pembangkang menggelupur seolah-olah marah, benci dan tak ada suara pembangkang yang sokong langkah membanteras rasuah. Bagi saya aneh.

“Saya semasa menjadi pembangkang, bila ada cadangan pemerintah (berkenaan) usul SPRM, saya dukung. Malah saya kata belum cukup berani (tindakan diambil kerajaan).

“Baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah seorang tokoh besar yang dianggap paling mahakaya. Belum ada suara daripada pembangkang (menyokong usaha SPRM siasat golongan mahakaya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Antirasuah Kebangsaan (NACS) 2024 di Hotel Times Square di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Pembangkang sebelum ini menjadikan modal dakwaan rasuah serta salah guna kuasa melibatkan golongan ‘mahakaya’ sebagai dendam politik yang sudah lama dipendam Anwar.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, dakwaan itu hanyalah persepsi cuba dilontar pemimpin serta tokoh politik tertentu.

Katanya, persepsi itu bertujuan mengalihkan tumpuan terhadap isu sedang dihadapi mereka.

“Saya ingat Perdana Menteri sudah menyatakan beberapa kali ini bukan (hal bersifat) peribadi.

“Sekiranya ada sebarang perkara melibatkan harta rakyat, wang ringgit rakyat, maka dari segi itu ada hak untuk kerajaan teliti dan ia terpakai kepada semua pihak, bukan satu individu atau kelompok tertentu saja,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related