◉ HEADLINES

Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan

Pasaran akan memantau rapat data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan minggu depan

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka stabil pada paras 4.74 hingga 4.75 berbanding dolar AS minggu depan selepas mencatatkan peningkatan ketara pada minggu sebelumnya, kata ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata pasaran akan memantau rapat data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan minggu depan. 

“Sekiranya angka NFP berada dalam jangkaan atau lebih rendah daripada yang dijangkakan, dolar AS akan melemah,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata buat masa ini keadaan masih amat tidak menentu sementara menunggu keputusan penurunan kadar faedah oleh AS yang dijangkakan pada Jun. 

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan ia meningkatkan libat urusnya dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, perbadanan dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan ke pasaran pertukaran asing.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS kepada 4.7400/7455 daripada 4.7750/7795 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1642/1681 daripada 3.1677/1709, menokok berbanding pound Britain kepada 6.0042/0111 daripada 6.0437/0494 dan naik berbanding euro kepada 5.1434/1493 daripada 5.1656/1705 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain. 

Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2140/2345 daripada 13.2198/2381 pada minggu sebelumnya, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5257/5301 daripada 3.5489/5525, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.54/8.55 tetapi turun berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.0 daripada 306.1/306.5. – 2 Mac, 2024

TAG: Ringgit, mingguan, dolar AS, Mohd Afzanizam, AS, NFP 

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related