◉ HEADLINES

Bayi tiga bulan maut pada hari pertama di pusat asuhan

Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan di Setia Alam, Shah Alam pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 2.31 petang, kelmarin daripada bapa mangsa.

Menurutnya, mangsa dihantar oleh bapanya ke pusat asuhan tersebut buat pertama kali pada jam 8.30 pagi hari yang sama, sebelum dimaklumkan pengurus pusat asuhan terbabit bahawa bayi berkenaan tidak sedarkan diri, dua jam kemudian.

“Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan dijalankan.

“Bedah siasat dijalankan pada jam 12.30 tengahari hingga 5 petang semalam di Unit Forensik Hospital Shah Alam dengan keputusan ‘pending laboratory investigations’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang justifikasi berkaitan dengan kes ini sebelum siasatan selesai,” katanya.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824. – 6 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related