◉ HEADLINES

Hampir 2,000 Pati sudah pulang ke negara asal melalui Program Repatriasi Migran: Saifuddin

Program Repatriasi Migran memberi peluang kepada Pati untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan teratur tanpa tindakan pendakwaan

5:45 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seramai 5,983 pendatang asing tanpa izin (Pati) sudah berdaftar melalui Program Repatriasi Migran yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,864 Pati sudah pulang ke negara asal.

“Jumlah tertinggi dari Indonesia iaitu seramai 3,115 (Pati), Bangladesh (846), India (700), Pakistan (610) dan Sri Lanka (279).

“Selain itu, Nepal seramai 196 serta baki 237 (Pati) masing-masing dari Myanmar, Filipina, Yaman, Syria, Mesir, Nigeria, Thailand, Vietnam dan China,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Program Repatriasi Migran bermula sejak 1 Mac lalu bagi memberi peluang kepada Pati untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan teratur tanpa tindakan pendakwaan.

Bagaimanapun, mereka perlu membayar kompaun di antara RM300 hingga RM500 bergantung kepada jenis kesalahan.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, kerajaan berjaya mengutip sejumlah RM2,899,900 melalui penawaran kompaun itu.

Ditanya sama ada Pati yang sudah pulang ke negara asal di bawah program tersebut akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia, beliau berkata, pihaknya akan meneliti jenis kesalahan dilakukan mereka.

“Semasa mereka berada di sini (Malaysia), mereka melakukan kesalahan apa? Ada jenis kesalahan kita akan masuk (mereka) dalam senarai hitam, itu proses seterusnya,” katanya.

Program Repatriasi Migran akan diteruskan sehingga 31 Disember ini yang antara lain bertujuan mengurangkan jumlah Pati di negara ini. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related