◉ HEADLINES

Sarawak terima RM4.6 bilion, peruntukan tertinggi Jendela: Fahmi

Projek Jendela merangkumi dua fasa bertujuan untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan penyediaan perkhidmatan Internet yang berkualiti

2:20 PM MYT

 

BAU (Sarawak) – Sarawak telah menerima peruntukan berjumlah RM4.46 bilion di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan perkhidmatan Internet di negeri itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata jumlah itu merupakan peruntukan tertinggi yang diberikan di bawah projek itu yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“(Daripada keseluruhan jumlah itu) sebanyak RM2.93 bilion melibatkan peruntukan daripada pihak kerajaan manakala baki sebanyak RM1.53 bilion merupakan secara komersial oleh syarikat penyedia perkhidmatan,” katanya semasa berucap di program Hari Bersama Komuniti (HBK) Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Krokong, di sini, hari ini.

Menurutnya projek Jendela merangkumi dua fasa bertujuan untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan penyediaan perkhidmatan Internet yang berkualiti untuk manfaat rakyat, sektor perniagaan dan pihak berkepentingan.

“Sebanyak 864 buah menara telekomunikasi 4G telah dirancang untuk Sarawak menerusi Jendela Fasa 1. Hingga suku kedua 2023, sebanyak 213 menara telah beroperasi, manakala baki 651 menara dijadualkan beroperasi secara berperingkat hingga suku ketiga 2024,” katanya.

Fahmi berkata kerajaan Sarawak telah mempermudahkan usaha pembinaan dan menaik taraf menara Jendela bagi membolehkan 3,689 daripada 3,735 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf, dengan bakinya akan siap dinaik taraf menjelang suku keempat 2023.

Berhubung sasaran MCMC untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan gentian optik kepada 207,135 premis kediaman dan perniagaan, beliau berkata 106,331 premis telah disediakan dengan gentian optik, manakala baki 100,804 premis dijangka siap menjelang suku keempat 2024.

“Sememangnya impak positif menerusi pelaksanaan Pelan Jendela di Sarawak sudah dirasai. Setakat suku kedua 2023, liputan 4G sudah mencapai 87.52 peratus di kawasan berpenduduk,” katanya dan menambah sejumlah 322 daripada 587 tapak 5G yang dirancang telah berjaya disiapkan di negeri itu.

Menurutnya, sehingga 31 Ogos lepas pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 68.8 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“KKD melalui Digital Nasional Berhad (DNB) komited untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 sebelum negara beralih kepada model dwirangkaian 5G seawal Januari 2024,” katanya. – 16 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related