◉ HEADLINES

Kerajaan kenal pasti mekanisme jangka pendek berkaitan kos sara hidup rakyat: PM

Mesyuarat membincangkan dengan terperinci beberapa perkara terkait kos sara hidup rakyat, khususnya berkaitan isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara

10:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah mengenalpasti mekanisme jangka pendek berkaitan kos sara hidup rakyat dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Parlimen hari ini.

“Mesyuarat membincangkan dengan terperinci beberapa perkara terkait kos sara hidup rakyat, khususnya berkaitan isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.

“Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mesyuarat NACCOL itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut menekankan keperluan penguatkuasaan berterusan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan.

“Dalam hal ini, (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) melancarkan pemeriksaan khas di bawah Ops Kesan, bermula 1 Mac lalu.

Ia bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

Anwar turut memaklumkan mesyuarat hari ini bersetuju supaya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membangunkan indikator baharu untuk mengukur tahap kos sara hidup rakyat sehingga ke peringkat daerah.

Ia sekali gus membantu kerajaan merangka pelaksanaan program yang lebih berkesan. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related