◉ HEADLINES

Guru didakwa perdagang wanita untuk eksploitasi seks

Seorang lagi tertuduh Mohamad Fazley Jaafar, 29, bagaimanapun mengaku bersalah selepas tiga kali menukar pengakuan

2:19 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan aktiviti eksploitasi seks pada 11 Mac lepas.

Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri. 

Seorang lagi tertuduh Mohamad Fazley Jaafar, 29, bagaimanapun mengaku bersalah selepas tiga kali menukar pengakuan. 

Kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan mangsa berusia 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Jalan Sultan Omar, di sini pada 2.35 pagi, 11 Mac lepas. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Pasukan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris dan Iffah Nabihah Mohd Ishak tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua mereka kerana kes selepas ini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen 3, dan memohon suatu tarikh untuk sebutan semula kes. 

Mohd Hasfyanizam yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar dibenarkan ikat jamin dan tidak dikenakan reman atas alasan mempunyai tanggungan terhadap keluarganya termasuk ibu dan mentuanya. 

Bapa kepada tiga anak itu juga memberi jaminan akan bekerjasama terhadap segala proses perbicaraan dan tidak akan melarikan diri memandangkan tugasnya sebagai penjawat awam. 

Hakim Nazlyza kemudiannya mengarahkan tertuduh direman sehingga 31 Mac ini untuk sebutan semula kes dan meminta Mohd Hasfyanizam mendapatkan peguam bagi mewakilinya untuk tujuan permohonan jaminan.

Beliau turut menetapkan tarikh sama bagi penentuan hukuman keatas Mohamad Fazley. – 21 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related