◉ HEADLINES

KDN kutip lebih RM9 juta kompaun daripada PATI: Saifuddin

Setakat semalam 19,515 pendatang asing tanpa izin yang berdaftar dalam program itu sudah hadir ke pejabat Jabatan Imigresen dan membayar kompaun

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengutip RM9,477,300 kompaun melalui Program Repatriasi Migran setakat semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat semalam juga, seramai 19,515 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar dalam program itu sudah hadir ke pejabat Jabatan Imigresen dan membayar kompaun masing-masing.

“Kita terus pantau perkara ini sebab ini kita anggap sebagai satu inisiatif penting dalam menguruskan soal keberadaan PATI di negara kita.

“Yang benar-benar meninggalkan negara kita seramai 13,760 PATI yang sudah pulang ke negara asal mereka.

“Kesemua ini atas kesalahan tinggal lebih masa, salah guna pas dan tanpa dokumen semasa ditahan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, PATI yang berdaftar dalam program itu masih mempunyai masa sehingga 31 Disember ini untuk tampilkan diri di pejabat Jabatan Imigresen dan membayar kompaun masing-masing.

“Kemudian, mereka boleh balik ke negara asal masing-masing tanpa kita ambil tindakan di bawah kesalahan Akta Imigresen dan Akta Pasport yang mungkin membawa hukuman penjara,” katanya.

Pada 1 Mac lepas, Saifuddin dilaporkan menggesa pendatang tanpa izin untuk hadir menyerahkan diri di mana-mana pejabat Imigresen dan membayar kompaun antara RM300 dan RM500 bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal dengan pengecualian pendakwaan di mahkamah.

Pelaksanaan program itu susulan keputusan kerajaan pada 31 Januari lepas untuk memberikan pengecualian pendakwaan dan menawarkan kompaun kepada PATI yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal atas tiga kesalahan. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related