◉ HEADLINES

Pengemis di Kediri meninggal dunia, miliki simpanan wang tunai lebih RM60,000

Keluarganya mahu wang itu diserahkan kepada badan kebajikan, sebagai amal jariah untuk Roisah yang sudah meninggal dunia

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengemis di Kediri, Jawa Timur, menjadi tular kerana mempunyai simpanan lebih RM60,000 atau 200 juta rupiah selepas meninggal dunia.

Pengemis yang dikenali sebagai Roisah, 70, meninggal dunia pada 15 Mac lalu namun selepas keluarganya mengemas rumah, mereka menemui wang berkenaan.

Dia yang tinggal sendirian di rumah tersebut, setiap hari meminta sedekah di Wilayah Ngadiluwih.
Roisah yang sudah bercerai mempunyai seorang anak perempuan yang kini menetap di Biltar.

Difahamkan Roisah mula mengemis selepas bercerai.

Anak perempuannya itu diserahkan kepada orang lain di Blitar.

“Dia tinggal sendirian di rumah. Kami mendapat khabar mengenai kematiannya seminggu lalu. Dia meninggal di rumah cucunya di Biltar,’’ kata ketua kampung, Manon kepada Tribune News Indonesia.

Menurut Manon, beberapa hari selepas Roisah meninggal dunia, ada keluarganya yang mengunjungi rumahnya.

Mereka nyata terkejut apabila mendapati ada wang yang tersimpan di rumah tersebut.

Berikutan itu, keluarganya mahu menyerahkan wang berkenaan kepada badan kebajikan sebagai amal jariah untuk Roisah yang sudah meninggal dunia.

“Kami akan serahkan wang itu kepada badan kebajikan, seperti yang diamanahkan oleh keluarganya,’’ kata Manon. – 23 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related