◉ HEADLINES

Joseph Kurup meninggal dunia pada usia 79 tahun

Berita tersebut disahkan anaknya, Arthur menerusi hantaran di Facebook, malam ini

9:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya, Datuk Arthur, 40, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

“Terima kasih ayah. Ayah yang terbaik. Saya sayang ayah sepenuh hati saya,” katanya.

Difahamkan, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas dilaporkan tidak sihat sejak sekian lama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.

Beliau digantikan anaknya, Arthur yang juga Timbalan Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Mendiang adalah juga ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS, komponen Barisan Nasional (BN) pada 1994.

Ahli politik veteran itu memegang beberapa jawatan menteri sepanjang karier politiknya selama lebih empat dekad.

Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan menjawat jawatan itu sekali lagi dari 1994 hingga 1999.

Jawatan terakhirnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) antara 2013 hingga 2018.

Beliau tidak mempertahankan kerusi Pensiangan pada Pilihan Raya Umum 2018, untuk memberi laluan kepada Arthur. – 17 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related