◉ HEADLINES

Penghantar barang maut terjatuh ke dalam tali air

Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus sejauh satu kilometer dan akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian

9:47 AM MYT

 

JERTIH – Seorang penghantar barang maut selepas terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus dalam kejadian di Kampung Gerai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kemalangan sekitar 8 malam itu dipercayai berlaku apabila Wan Muhammad Khuzaimie Abu Sepian, 24, hilang kawalan ke atas motosikal yang ditunggangnya jenis Yamaha Ego LC.

Beliau berkata ketika kejadian Wan Muhammad Khuzaimie sedang menghala ke Kampung Gerai Tua untuk pulang ke rumah keluarganya dari Kampung Layout Gerai. 

“Apabila tiba di tempat kejadian beliau telah hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu terjatuh ke dalam tali air.

“Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus sejauh satu kilometer dan akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 23 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related